Jazatech Agro

INDUSTRI ASAS TANI

Jazatech Agro Merupakan Perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Beroperasi Mulai Tahun 2017.

Perniagaan ini pada asalnya merupakan sebuah perniagaan kecil-kecilan sebelum syarikat rasmi ditubuhkan. Pada mulanya perniagaan ini ditubuhkan apabila melihat telur masin yang sedia ada di pasaran tidak bersih, dan produk lain seperti muruku seperti tidak terjamin kehalalannya. Oleh itu, Encik Jaharudin dan isteri mula membekalkan produk-produk tersebut di Temerloh atas permintaannya yang tinggi.

Setelah beberapa tahun menimba pengalaman dalam bidang IKS, Jazatech Agro telah mula dikenali ramai dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggan. Produk-produk yang dibekalkan adalah telur masin, muruku, kerepek bawang putih, putu kacang, dan lain-lain produk industri asas tani.

Selainitu, Encik Jaharudin dan isteri turut membawa produk Jazatech Agro ke Lembah Klang dan menyewa tapak bazaar Aidilfitri sejak dua tahun lalu. Seterusnya, permintaan sahabat dan keluarga juga amat menggalakkan. Oleh itu, Encik Jaharudin membuat keputusan untuk meneruskan Jazatech Agro secara sepenuh masa dan bercadang untuk membuka pusat pengeluaran di Bahagia Permai, Temerloh.